INFORMASI BUKU TERBAHARU DARIPADA PENULIS
Salam hormat
kepada pembaca yang budiman.
Isu dan Pemikiran dalam Seni Visual menghidangkan
kepada pembaca makna sesuatu karya dari segi apresiasi seni, keistimewaan sifat
karya, cabaran dan wawasan.
Berlandaskan pengalaman lampau, isu yang
ditimbulkan di dalam buku ini, menginginkan pengiktirafan. Bahawa seni itu
dengan isu-isu lain sama penting dalam aturan hidup yang setiap waktu berdenyut
dan mencabar. Sejarah seni yang diimbas kembali di dalam buku ini secara
horizontal menyerlahkan sifat prolifik beberapa tokoh pembuat seni dalam
berkarya. Buku ini mengetengahkan respons semangat inovatif dan kreatif untuk
pembuat seni meneruskan hasil karya sepanjang zaman. Susur galur sejarah dan
pengalaman silam yang ditempuh oleh pembuat seni terdahulu dan pertembungan
idea cuba diselesaikan dengan kembali pada akar budaya dan jati diri. Kesukaran
menjadi pembuat seni yang prolofik bermula dari suatu langkah, suatu idea dan
suatu identiti hingga membawa imej tersendiri.
Isu dan
Pemikiran dalam Seni Visual mengetengahkan isu global. Hasil seni perlu
berfungsi untuk membolehkan akal berfikir yang secara langsung mencerdikkan
masyarakat. Sesungguhnya sesuatu hasil karya itu memerlukan keringat dan
inspirasi yang perlu diperah oleh pembuat seni untuk tatapan masyarakat.
Buku ini
menghimpunkan 27 esei berkaitan isu global dalam seni visual, yang dibahagikan
kepada lima bahagian, iaitu Seni Visual: Suatu Signifikan, Seni Visual dan
Dimensinya, Seni Visual dan Cabarannya, Seni Visual dalam Arus Zaman,
Kreativiti dan Daya Cipta serta Isu dan Kontradiksi.
Buku ini ini juga mengetengahkan 44 hasil
karya seni halus tempatan dan antarabangsa yang harmoni dalam pelbagai warna
dan cerita. Kesemua hasil karya tersebut diberi interpretasi, kritikan dan
apresiasi yang menyeluruh, disokong dengan falsafah estetik. Sememangnya buku
ini memenuhi keperluan pensyarah, guru seni visual, pengamal seni dan pelajar
yang menjurus dalam bidang Pendidikan Seni Visual peringkat sekolah maupun
institusi pengajian tinggi. Sesuai juga dibaca oleh umum sebagai sumber
rujukan.
Boleh membuat pesanan terus dengan
menghubungi:
Harga
RM 60.00
ISBN
978-983-46-1839-1
Terbitan
DBP
Jumlah
Hlm: 260
Belanja
Pos - percuma