Halaman

Jumaat, 28 Ogos 2015

BUKU TERBAHARU DARIPADA PENULIS

INFORMASI BUKU TERBAHARU DARIPADA PENULIS
Salam hormat kepada pembaca yang budiman.
Isu dan Pemikiran dalam Seni Visual menghidangkan kepada pembaca makna sesuatu karya dari segi apresiasi seni, keistimewaan sifat karya, cabaran dan wawasan.    
     Berlandaskan pengalaman lampau, isu yang ditimbulkan di dalam buku ini, menginginkan pengiktirafan. Bahawa seni itu dengan isu-isu lain sama penting dalam aturan hidup yang setiap waktu berdenyut dan mencabar. Sejarah seni yang diimbas kembali di dalam buku ini secara horizontal menyerlahkan sifat prolifik beberapa tokoh pembuat seni dalam berkarya. Buku ini mengetengahkan respons semangat inovatif dan kreatif untuk pembuat seni meneruskan hasil karya sepanjang zaman. Susur galur sejarah dan pengalaman silam yang ditempuh oleh pembuat seni terdahulu dan pertembungan idea cuba diselesaikan dengan kembali pada akar budaya dan jati diri. Kesukaran menjadi pembuat seni yang prolofik bermula dari suatu langkah, suatu idea dan suatu identiti hingga membawa imej tersendiri.


     Isu dan Pemikiran dalam Seni Visual mengetengahkan isu global. Hasil seni perlu berfungsi untuk membolehkan akal berfikir yang secara langsung mencerdikkan masyarakat. Sesungguhnya sesuatu hasil karya itu memerlukan keringat dan inspirasi yang perlu diperah oleh pembuat seni untuk tatapan masyarakat.

Buku ini menghimpunkan 27 esei berkaitan isu global dalam seni visual, yang dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu Seni Visual: Suatu Signifikan, Seni Visual dan Dimensinya, Seni Visual dan Cabarannya, Seni Visual dalam Arus Zaman, Kreativiti dan Daya Cipta serta Isu dan Kontradiksi.


     Buku ini ini juga mengetengahkan 44 hasil karya seni halus tempatan dan antarabangsa yang harmoni dalam pelbagai warna dan cerita. Kesemua hasil karya tersebut diberi interpretasi, kritikan dan apresiasi yang menyeluruh, disokong dengan falsafah estetik. Sememangnya buku ini memenuhi keperluan pensyarah, guru seni visual, pengamal seni dan pelajar yang menjurus dalam bidang Pendidikan Seni Visual peringkat sekolah maupun institusi pengajian tinggi. Sesuai juga dibaca oleh umum sebagai sumber rujukan.

     Boleh membuat pesanan terus dengan menghubungi:
Mohamed Noor bin Othman (mnoorseni@gmail.com) / 017-4709 390
Harga RM 60.00       
ISBN 978-983-46-1839-1       
Terbitan DBP       
Jumlah Hlm: 260
Belanja Pos - percuma