Halaman

Selasa, 16 Oktober 2012

CERITERA SENI BERZAMAN

HARGA RM40 JUMLAH HALAMAN 287

     Dalam himpunan “Ceritera Seni Berzaman”,mengajak pembaca mencari makna di sebalik, empat zaman iaitu Klasik, Romantik, Naturalis dan Realis. Keempat peringkat ini selalu di ketengahkan dalam kehidupan dan perkembangan seni.

     Peringkat Klasik merupakan penilaian semula. Melihat objek-objek visual yang sementara dan kemunculan awalnya sebagai idea. Matlamatnya untuk mendapat persepsi dan ekspresi yang nyata dalam idea. Peringkat Romantik dikenali sebagai gerak hati, manakala peringkat Naturalis merupakan kesedaran pemerhatian. Peringkat Realis sebagai penghujung (sintesis) untuk membawa kepercayaan, ideologi dan doktrinasi. Sintesis yang muncul adalah terhad dalam tahap realiti yang menjadi aturan idea-idea menghubungkan nilai kemanusiaan secara sedar di alam nyata.

     Siapakah yang menjadikan ceritera sebagai naratif kepada kita? Semuanya terjawab melalui suatu imej ilusi yang berkesinambungan, dijelmakan secara naturalistik dalam buku yang mengandungi 9 bahagian.

Bahagian 1 – Ceritera di Rasai dan di Hayati.

Bahagian 2 – Ceritera Imej Visual Sebagai Saksi.

Bahagian 3 – Ceritera Imej Nostalgia, Lagenda dan Metos.

Bahagian 4 – Ceritera Imej Seni yang Menangkap Bayang dalam Gelap.

Bahagian 5 – Interpretasi Ceritera di Sebalik Karya.

Bahagian 6 – Apresiasi Sebalik Ceritera Seni.

Bahagian 7 – Apresiasi Ceritera Seni dalam Akhbar Tempatan.

Bahagian 8 – Bacaan yang di Cadangkan.

Bahagian 9 – Sumber Imej Visual yang Boleh diterokai.

Keseluruhan buku ini memuatkan lebih dari 50 buah karya seni yang diberi penceriteraan mengikut apresiasi pengarang bersandarkan kajian teori kritikan dan sejarah seni.

Selasa, 22 Mei 2012

ASPIRASI YANG BELUM TERPADAM

MENULIS, MENGAPRESIASI SENI adalah kerja harian saya. Segalanya atas minat dan keinginan yang tinggi untuk menyebarkan sedikit perkongsian yang terpendam lama. Mengharapkan lebih jauh untuk bersama memanggil orang yang sama minat sudah dicuba. Barangkali yang jauh itu sudah hanyut terdampar di tebing tinggi yang berjaya didaki hingga bergelar martabat sifu. Yang dekat juga sudah dibisik tapi malang apabila memanggil yang terdekat dengan minat yang sama tidak diendahkan lantaran telah tenggelam apabila hilang penghayatan. Bersama saya ada sedikit ruang dengan bantuan Group Risalahproseni.com, kami meneruskan usaha menerbit bahan bacaan seni tampak dalam Digibook Implementation Blueprint For Visual Art. Terbitan ketiga sudah masuk ke pasaran. Berjudul "ASPIRASI YANG BELUM TERPADAM" yang menarik untuk dibaca oleh peminat seni visual. Penulis cuba menyusun kembali sejumlah 21 aspirasi dalam
266 halaman. Antara yang menarik dalam buku ini menyentuh aspirasi sejarah catan figuratif sebagai suatu semangat kesejagatan. Aspirasi ini meliputi kupasan isu-isu kebudayaan, politik, sejarah, ekonomi dan kritikan sosial. Secucuk dengan watak dan tema dalam aspirasi catan figuratif, komentar sosial di sebalik apa yang dilukiskan ada pertalian dengan elemen persekitaran. Kajian menunjukkan gaya dan pengaruhnya membantu dari sudut ketamadunan manusia. Melalui buku ini juga penulis berharap semangat aspirasi di kalangan pembuat seni tidak luntur. Manakala khalayak seni sebagai masyarakat yang celik seni terus menyokong supaya aspirasi seni tidak terpadam. Anda yang berminat dengan buku terbaru "ASPIRASI YANG BELUM TERPADAM" boleh hubungi 017-4709390 atau emel mnoorseni@gmail.com

Rabu, 21 Mac 2012

BUKU SENI DALAM PASARAN


"WACANA SENI TAMPAK" -Peraturan seni tidak menyekat dan mengawal pembuat seni. Peraturan seni melahirkan pembuat seni yang kreatif.Perbincangan isu ini menjadi sebahagian dari "Wacana Seni Tampak". Banyak lagi isu, polimik, kritikan dan apresiasi yang termuat dalam buku ini.
Pesanan melalui 017-4709390 sedang menanti anda.

Selasa, 20 Mac 2012

WACANA SENI TAMPAK


Buku terbaru lagi. Untuk peminat seni tampak dan khalayak seni yang mahu menjadikan koleksi buku anda dalam senarai terkini maka inilah beritanya.

“WACANA SENI TAMPAK” Penampilan buku seni visual yang ditunggu-tunggu oleh khalayak seni. Mengupas isu-isu yang berlaku di sekitar sejarah seni, falsafah estetik dan kreativiti pembuat seni. Gabungan antara hasil karya generasi muda, artis pelapis dan pembuat seni yang bergelar sifu. Hubungi 017-4709390. Harga senaskah RM 40

Ahad, 18 Mac 2012

JUDUL 'ISU DAN CABARAN DALAM SENI TAMPAK'

Buku ini membincangkan permasalahan seni tampak dalam persekitaran pembuat seni, khalayak, pengkritik seni, sejarah seni, perbahasan akademik yang meliputi apresiasi, teori, falsafah estetik dan teori seni. Buku ini mengandungi 6 Bahagian dengan 230 halaman

Kandungan:

Bahagian 1
- Seni dan Kehidupan - Seni Tampak Kaitannya dengan Hidup dan Pengalaman Lalu - Kesan Pandang dan Rasa Bercampur-baur dalam Imej dan Mesej - Keistimewaan Karya dan Sifat Konsisten dalam Konteks Pengalaman Diri

Bahagian 2
- Antara Pujukan dan Paksaan Mainan dalam Seni - Suatu Peraturan dalam Nilai Estetika - Menikmati dan Menghayati Seni Arca - Curahan Idea dalam Penghasilan Karya Secara Formalistik

Bahagian 3
- Satu Pertembungan di mata Pengkritik Seni - Bakat Muda yang Berani Melihat Identiti Malaysia dalam Karya Seni - Satu Paradigma Mengintelektualkan Aktiviti Kritikan Seni - Cabaran dan Wawasan dalam Seni Tampak Malaysia - Jangan diabaikan PSV Negara Memerlukan Generasi Kreatif

Bahagian 4
- Peranan Kurator dan Pengkritik - Penyelesaian Imej di manakah Pendirian Seniman - Keseimbangan dan Keharmonian yang Masih Belum Sempurna - Dokumentasi Karya Seni Tampak Ada Rahsia di sebaliknya - Memberi Respons pada Kerja-Kerja Seni Tampak

Bahagian 5
- Kemahiran dan Kekuatan, Melukis Bukan Satu Anugerah - Tiga Hari dalam Menilai 'Bagaikan Sinaran Suria' - Cukupkah Sekadar Idea dalam Penghasilan Gambar - Mengimbangi Antara Bahan dan Teknik - Mencari Daya Fikir di Sebalik Karya Seni Tampak

Bahagian 6
- Makna Protes dalam Seni Tampak - Kongkongan dan Kebebasan dalam Karya Seni Tampak - Antara Kita dan Aku dalam Berkarya - Kenapa Karya Seni Begitu Mahal.

Selasa, 13 Mac 2012

BUKU BARU SENI TAMPAK DALAM PASARAN



Buku seni tampak terbaru dalam pasaran. Berjudul “Isu dan Cabaran dalam Seni Tampak”. Masih panas macam goreng pisang. Maklumlah buku seni dalam Bahasa Malaysia agak kurang di pasaran.

Disajikan dalam 27 topik dan dipecahkan kepada 6 bab. Masih relevan dengan isu global dan bahasa seni tampak yang mudah difahami.

Sesuai untuk peminat seni yang mahu merasai dan bersama dalam dunia seni tampak yang luas dan mencabar. Sesuatu yang baru dan mencabar.

Idea yang tersorok dicungkil untuk mengajak sesiapa sahaja berfikir.

Buku ini memuatkan hasil seni melebihi 40 buah karya dalam warna-warni dengan jumlah 246 halaman.

Hubungi 017-4709 390 atau emel terus (mnoorseni@gmail.com)

Ahad, 26 Februari 2012

ISU DAN PEMIKIRAN DALAM SENI TAMPAK



ISU DAN PEMIKIRAN DALAM SENI TAMPAK

HASIL seni perlu berfungsi untuk akal berfikir yang secara langsung mencerdikkan masyarakat. Sesungguhnya hasil karya yang kita tatapi itu memerlukan keringat dan inspirasi yang perlu diperah oleh pembuat seni untuk tatapan masyarakat. Sesungguhnya “Isu dan Pemikiran dalam Seni Tampak” disajikan dalam 27 topik yang dipecahkan kepada 6 bab adalah isu global yang menarik minat semua pihak.

Seni tampak suatu signifikan antara keringat dan inspirasi. Ia membawa justifikasi bahawa seni tidak semudah untuk menghasilkannya dan bukan mudah untuk dinikmati walaupun ia berada di sekitar dan penting di dalam kehidupan kita. Seni suatu signifikan mengandungi 99 % keringat dan hanya 1% inspirasi. Ini mengingatkan kita bahawa, baik audiens maupun pembuat seni bahawa seni tidak semudah untuk diangkat menjadi popular. Setiap bab mengetengahkan pelbagai isu dan persoalan untuk dicari jawapan. Juga ada ketika pembuat seni itu sendiri mencipta persoalan hingga menjadi masalah. Akhirnya melalui seni sebagai suatu signifikan cuba dimanipulasikan untuk menyelesaikan masalah.

Sesungguhnya terdapat banyak makna yang mahu dicari dan dikongsi di sebalik penghasilan sesebuah hasil seni tampak. Ada persoalan yang merumitkan kita untuk diterjemah apa lagi jika warna yang membawa makna kepada sesuatu itu dikelirukan pula oleh simbol-simbol yang pelik.

Sebahagian yang pelik dalam seni itu diakui sebagai suatu yang unik. Keunikan ini mencetuskan pertembungan idea dengan peraturan, pertelagahan teori dengan aliran menjadikan separuh karya seni tampak menerima nilai baharu. Jika seni itu ada kaitan dengan kehidupan, adakah nilai baharu kehidupan dapat disampaikan sebagai suatu mesej oleh pembuat seni? Siapakah kita sebagai khalayak seni dan siapakah pembuat seni diutarakan secara panjang lebar dalam Bab 3 – “Seni Tampak dan Cabarannya”.

Biasanya proses penghasilan seni tampak berkaitan dengan hidup dan pengalaman. Kesedaran untuk mengajak masyarakat berfikir tentang hidup dan pengalaman memerlukan kesedaran dan ilmu. Hasil seni perlu dihayati, difikir dan aktiviti ini suatu proses keintelektualan yang memerlukan masyarakat yang berilmu dan dapat menjadikan karya seni sebagai suatu signifikan. Buku ini sesuai untuk semua peringkat dan mengajak pembaca merasai dunia seni tampak yang luas dan mencabar.

Buku “ISU DAN PEMIKIRAN DALAM SENI TAMPAK” ini sedang berada di pasaran. Tempah melalui (mnoor_othman@yahoo.com.my) atau hubungi 0174709390.