Halaman

Selasa, 16 Oktober 2012

CERITERA SENI BERZAMAN

HARGA RM40 JUMLAH HALAMAN 287

     Dalam himpunan “Ceritera Seni Berzaman”,mengajak pembaca mencari makna di sebalik, empat zaman iaitu Klasik, Romantik, Naturalis dan Realis. Keempat peringkat ini selalu di ketengahkan dalam kehidupan dan perkembangan seni.

     Peringkat Klasik merupakan penilaian semula. Melihat objek-objek visual yang sementara dan kemunculan awalnya sebagai idea. Matlamatnya untuk mendapat persepsi dan ekspresi yang nyata dalam idea. Peringkat Romantik dikenali sebagai gerak hati, manakala peringkat Naturalis merupakan kesedaran pemerhatian. Peringkat Realis sebagai penghujung (sintesis) untuk membawa kepercayaan, ideologi dan doktrinasi. Sintesis yang muncul adalah terhad dalam tahap realiti yang menjadi aturan idea-idea menghubungkan nilai kemanusiaan secara sedar di alam nyata.

     Siapakah yang menjadikan ceritera sebagai naratif kepada kita? Semuanya terjawab melalui suatu imej ilusi yang berkesinambungan, dijelmakan secara naturalistik dalam buku yang mengandungi 9 bahagian.

Bahagian 1 – Ceritera di Rasai dan di Hayati.

Bahagian 2 – Ceritera Imej Visual Sebagai Saksi.

Bahagian 3 – Ceritera Imej Nostalgia, Lagenda dan Metos.

Bahagian 4 – Ceritera Imej Seni yang Menangkap Bayang dalam Gelap.

Bahagian 5 – Interpretasi Ceritera di Sebalik Karya.

Bahagian 6 – Apresiasi Sebalik Ceritera Seni.

Bahagian 7 – Apresiasi Ceritera Seni dalam Akhbar Tempatan.

Bahagian 8 – Bacaan yang di Cadangkan.

Bahagian 9 – Sumber Imej Visual yang Boleh diterokai.

Keseluruhan buku ini memuatkan lebih dari 50 buah karya seni yang diberi penceriteraan mengikut apresiasi pengarang bersandarkan kajian teori kritikan dan sejarah seni.