Halaman

Ahad, 29 Mac 2015

BUAT RAKAN PENCINTA BUKU

Salam hormat kepada rakan dan pembaca yang budiman.


Isu dan Pemikiran dalam Seni Visual mengetengahkan isu global yang menarik minat masyarakat, khususnya pencinta seni visual. Hasil seni perlu berfungsi untuk membolehkan akal berfikir yang secara langsung mencerdikkan masyarakat. Sesuangguhnya sesuatu hasil karya itu memerlukan keringat dan inspirasi yang perlu diperah oleh pembuat seni untuk tatapan masyarakat.

Buku ini menghimpunkan 27 esei berkaitan isu global dalam seni visual, yang dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu Seni Visual: Suatu Signifikan, Seni Visual dan Dimensinya, Seni Visual dan Cabarannya, Seni Visual dalam Arus Zaman, Kreativiti dan Daya Cipta serta Isu dan Kontradiksi.

Buku ini ini juga mengetengahkan 44 hasil karya seni halus tempatan dan antarabangsa yang harmoni dalam pelbagai warna dan cerita. Kesemua hasil karya tersebut diberi interpretasi, kritikan dan apresiasi secara teori yang menyeluruh, disokong dengan falsafah estetik. Sememangnya buku ini memenuhi keperluan pensyarah, guru seni visual, pengamal seni dan pelajar yang menjurus dalam bidang Pendidikan Seni Visual peringkat sekolah maupun institusi pengajian tinggi. Sesuai dibaca oleh umum sebagai sumber rujukan.

Dapatkan terus daripada penulis sementara stok masih ada.

Hubungi penulis melalui: Tel: 017-4709 390


                          Harga RM60.00
                          No.ISBN 978-983-46-1839-1
                          Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
                          Jumlah Halaman 256
                          Jenis Kertas Teks - Glosy Paper
                          Keseluruhan halaman dalam cetakan 4 warna penuh.
                          Saiz Buku 24 cm x 19 cm
                          Penghantaran Pos Laju - Percuma