Halaman

Selasa, 17 November 2015

JANGAN JADI 'KAYU MATI'

JANGAN JADI 'KAYU MATI'

     Melihat kembali ke belakangan ini, pelbagai persepsi timbul dalam pemikiran masyarakat. Sesuatu yang boleh ditafsir secara positif namun ditenggelamkan dengan pemikiran yang dangkal lagi negatif. Misalannya, melihat suatu imej yang dipaparkan seperti suatu yang sinonim dengan isu semasa lalu tergopoh gapah membuat spekulasi yang kadangkala mencerminkan pemikiran masing-masing.

     Reaksi tergopoh gapah dan terburu-buru ini didahului oleh seseorang yang kita golongkan sebagai 'pandai'. Kepandaiannya kerana memegang segulung ijazah. Ada yang bertaraf ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD ttapi memperlihatkan kualiti dan keterampilan yang cetek.

     Misalnya imej 'kad merah' untuk Najib menjadi sebahagian dari imej visual yang dipaparkan sebagai judul sebuah buku. Manakala RM500 ada perkaitan dengan nilai hidup, materialistik, upah, sogokan, saguhati, pemberian ikhlas dan pelbagai interpretasi. Maka tergopoh gapah melontar kata-kata, "dunia dah nak akhir zaman, ramai yang tidak tahu nak bersyukur dan mengucapkan terima kasih". Nampak mudah benar sipandai ini melontar pandangan. Seolah nilai RM itu tidak cukup besar untuk orang hilang rasa syukur dan tidak tahu berterima kasih.


     Sedangkan pihak kedua, melihat dari sudut bajet kita perlu berhemah dengan sikap berjimat. Memadai dengan kata-kata berikut, tak perlu nak mengeruhkan suasana. Anara 'kas merah' dengan RM sudah jelas kepada sebilangan masyarakat yang lebih tahu dan arif tentang suasana politik, nilai wang dan perubahan sikap dalam berbelanja.

     Seorang lagi pemegang sarjana PhD bergelar pensyarah tetapi bukan 'kayu mati'. Setelah habis belajar PhD masih mampu berfikir secara intelek dengan kritikan yang tuntas menyebar dan mengamal ilmunya. Memperlihatkan buti berserta fakta baharu dan membuka ruang untuk lebih ramai lagi terus berfikir. Hal ini menyakinkan lagi apabila dibincangkan elemen penegasan dan kontra rupa bentuk dan warna dalam prinsip rekaan sambil mengajak kita menanggapi persoalan 'kad merah' dengan nilai RM. Dihujahkan dengan 'tiga tangan' yang muncul di dalaang boleh keseluruhan perbincangan tersebut. Analisis secara sistematik dan kekuatan elemen lain  ditimbulkan rangsangan untuk kita berfikir bahawa ada dominasi imej visual yang boleh dijelaskan supaya dapat dibetulkan pemikiran seseorang.

     Nah! Itu yang kita mahu di kalangan 'cerdik dan pandai'. Mengerti untuk mencari kekuatan bukan mencari kelemahan. Kekuatan yang ditimbulkan itu sebagai condong ke arah mencari kesalahan tetapi sebenarnya bukan mencari kesalahan sebaliknya membetulkan persepsi supaya ada cadangan dan pandangan yang munasabah.

     Justeru itu yang tahu dan mengerti telah cuba membuka ruang perbahasan untuk dianalisis lebih lanjut dan terperinci. Hal ini tidak mematikan perbahasan sebaliknya yang 'pandai' itu berjaya mematikan perbahasan dengan ayat klise, "tidak tahu bersyukur dan berterima kasih". Maka lahirkan ramai dalam masyarakat yang 'pandai' tetapi kurang cerdik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan